SHAH ALAM: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata kerajaan melalui kementeriannya akan terus berusaha mempercepatkan perluasan capaian, serta meningkatkan kelajuan internet di seluruh negara.
Beliau berkata pada masa ini, hanya kira-kira tiga peratus kawasan berpenduduk di seluruh negara masih tidak mempunyai capaian internet.
"Antara usaha yang telah dilakukan termasuklah peningkatan kapasiti rangkaian telekomunikasi, serta keupayaan infrastruktur sedia ada dan pembinaan menara telekomunikasi yang baharu.
"Selain itu, kerajaan beri tumpuan kepada pembangunan dan peningkatan kemudahan digital di luar bandar dan pedalaman, bagi memastikan kesamarataan akses kepada teknologi dan internet di seluruh negara," katanya ketika berucap pada Majlis Pengagihan Perantisiswa dan Perasmian MYDIGITAL.KKD di Universiti Teknologi Mara, di sini hari ini.
Fahmi berkata keutamaan kementeriannya pada masa ini ialah untuk mengatasi jurang atau kesenjangan digital yang berlaku.
Mengulas mengenai Inisiatif PerantiSiswa, Fahmi berkata secara keseluruhan setakat 15 April tahun lepas jumlah permohonan diterima ialah 474,311 dan daripada jumlah itu, 368,803 penerima PerantiSiswa telah dikenal pasti manakala sebanyak 105,508 permohon gagal.
Bagaimanapun beliau berkata daripada 105,508 permohonan yang gagal itu, saringan kedua yang dijalankan mendapati 31,699 pemohon merupakan daripada golongan B40.
"(Permohonan) 3,1699 telah disaring lagi, ada beberapa pematuhan (yang perlu dipatuhi), adakah mereka pelajar separuh masa, pelajar akhir tahun, adakah mereka pernah menerima bantuan peranti, maka dari jumlah itu didapati 23,394 pelajar menepati syarat (untuk menerima peranti)," katanya.
Fahmi berkata inisiatif berkenaan melibatkan kos (keseluruhan) berjumlah RM450 juta dan telah memberi manfaat kepada 359,742 mahasiswa atau penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), dalam kelompok keluarga B40.
Sementara itu, beliau berkata bagi mempercepatkan pengagihan PerantiSiswa, KKD telah mengaktifkan 31 Pusat Pengagihan Berpusat di seluruh negara selama tiga minggu, bermula 17 Feb lepas.
"Alhamdulillah, melalui pengagihan berpusat ini, sebanyak 33,540 peranti telah diagihkan dalam tempoh tiga minggu sahaja. Baki pengagihan 9,000 peranti dijangka akan diselesaikan secepat mungkin," katanya.
Ketika ditanya, adakah KKD akan meneruskan inisiatif tersebut bagi membantu pelajar sekolah dalam kalangan keluarga B40, beliau berkata pihaknya kini dalam proses meneliti perkara itu.
"Kita dalam proses meneliti permohonan tambahan, pandangan atau mungkin maklum balas, kritikan dan sebagainya. Pada waktu ini, kita mahu selesaikan baki pengagihan, tiba masa kita akan buat pengumuman," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 05 2023
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil (tengah) ketika gimik perasmian MyDIGITAL.KKD pada Majlis Majlis Pengagihan PerantiSiswa dan merasmikan MyDIGITAL.KKD di Universiti Teknologi Mara di Shah Alam hari ini. - Foto BERNAMA
Makanan, destinasi pelancongan Malaysia dipromosi di Universiti Islam Madinah
Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi (Persada) cawangan Universiti Islam Madinah mengambil kesempatan mempromosikan budaya, makanan, destinasi pelancongan dan institusi pendidikan Malaysia.
Ringgit dinilai secara tidak adil berbanding dolar AS - Timbalan Gabenor BNM
Penilaian begitu tidak mengambil kira prestasi mata wang secara keseluruhan, kekukuhan dan asas-asas ekonomi negara dan prospek masa depan.
Seorang maut, dua cedera nahas dua lori treler
Identiti mangsa yang maut belum dapat dikenal pasti manakala yang cedera ialah Berudie Nyalai, 24 tahun, dan Saberi, 36 tahun.
MIC nafi dakwaan wujud boikot secara senyap dalam parti
MIC menuntut agar portal media berkenaan mendedahkan sumber yang mengeluarkan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang.
PRK KKB: Komuniti India diingatkan jadi pengundi bertanggungjawab - Ramanan
Ramanan berkata mereka tidak seharusnya termakan dengan sentimen yang digerakkan pihak tertentu yang menyeru mereka memboikot PRK berkenaan.
Penyokong, netizen diminta henti spekulasi isu keselamatan dalam bola sepak - Shahelmey
Spekulasi, provokasi dan penyebaran berita palsu, akan membuatkan isu itu semakin panas serta tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.
Lima lelaki dipenjara 36 tahun, 12 sebatan bunuh rakan
Kesemua tertuduh didakwa membunuh Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der di Kampung Raja, Besut pada Jun 2017.
Penantian berakhir, pemasangan Starlink beri kelegaan buat Orang Asli Kerling
Sebelum ini, kampung itu tidak menerima isyarat liputan daripada syarikat telekomunikasi sekali gus memaksa mereka keluar ke jalan besar.
Kemampanan penting dalam tangani isu perubahan iklim, bukan sekat perdagangan bebas - Tengku Zafrul
Prasyarat hijau tidak boleh digunakan sebagai halangan bukan tarif atau menjadi mekanisme imperialisme ekologi zaman moden.
Pusat hiburan dibaling bom petrol
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.
Malaysia terus menerajui prestasi rangkaian 5G di Asia Tenggara - Ookla
Malaysia terus mendahului di Asia Tenggara dari segi prestasi rangkaian 5G, dengan kelajuan muat turun median 5G negara berada pada paras 451.79 megabait sesaat (Mbps).
Kerajaan usaha percepat tingkat kelajuan internet di seluruh negara - Fahmi Fadzil
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata kerajaan melalui kementeriannya akan terus berusaha mempercepatkan perluasan capaian, serta meningkatkan kelajuan internet di seluruh negara.
Time tawar pelan internet berkelajuan tinggi sehingga 2Gbps
Ia turut menawarkan produk Same Day Internet untuk memenuhi gaya hidup pantas pelanggan yang menggunakan internet di mana-mana sahaja pada masa ini.
Sabah Memilih: Kerajaan janji tambah baik kelajuan internet di Sabah
Kerajaan Persekutuan berjanji untuk menambah baik kelajuan Internet di Sabah dalam tempoh terdekat.
Perkhidmatan WiFi percuma di P. Pinang dihenti mulai 13 Februari
Perkhidmatan WiFi percuma di negeri ini atau 'Penang Free WiFi' (PFW) akan dihentikan bermula 13 Feb ini berikutan kelajuan internetnya yang kurang memuaskan.
Telco perlu pastikan kelajuan internet seperti dijanjikan
Semua syarikat telekomunikasi (Telco) yang menawarkan pakej perkhidmatan internet perlu memastikan pengguna mendapat kelajuan internet seperti yang ditawarkan dalam pakej-pakej mereka.
Kerajaan tingkatkan kelajuan internet secara berterusan
Kerajaan akan meningkatkan kelajuan internet secara berterusan dengan pemasangan lebih banyak fiber dan pemberian spektrum kepada syarikat telekomunikasi.